Assalamalaikum.

Doa Hari Jumaat
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah jadikanlah pagi ini pagi yang indah dan pagi yang penoh dengan kebaikan bagi kami.

Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami, sama ada yang kami sedar atau tidak sedar, berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah Hidayah Mu agar kami sentiasa dekat dengan Mu.

Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat, rahmat dan kurniaanMu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan.

Ya Allah lindungilah kami hambamu dengan kasih sayangMu.

Ya Allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yang sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan yang teguh dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah terimalah taubat kami sebagai taubat nasuha dan perlindungilah kami dari anasir yang ingin menyelewengkan iman dan aqidah kami.

Ya Allah janganlah kami termasuk dalam golongan yang memperlekehkan agama Mu.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingati Mu Ya Allah.

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidu kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Leave a Comment